Tuesday, August 9, 2011

10th August 2011 Rabu

Hari ni masuk kelas dengan sakit perut...Anak murid pun lemau je macam cikgu dia..tiba2 terfikir kalau kita tak bersemangat masa mengajar anak murid pun mesti tak bersemangat jugak..gerenti punya..lepas ni kalau sakit pun..buat2 je la xsakit..kesian kat anak murid..

Monday, March 7, 2011

Soal jodoh

Jodoh ini umpamanya tol yang ada di lebuhraya....lebuhraya umpama kehidupan. jodoh umpama tol. kereta yang dipandu umpama diri kita. ada yang laju jodoh nya kerana sampai dahulu di tol. ada yang hampir sampai pada tol tetapi terpaksa menunggu giliran, tunggu kakak kahwin dulu contohnya.ada yang mudah jodohnya seperti mudahnya touch n go, bahagia je kn...semua pasti ada jodoh nya kerana akan sampai pada waktunya...cuma sabar yang menjadi kayu pengukur..sabar ye diri...=) 7 mac 2011 before pergi mengajar kelas tuisyen budak UpSR 425pm

Monday, June 7, 2010

Hati Marina

Hati marina tersentak. "Ya ALLAH,betapa selama ini, aku hanya percaya Engkau ada tetapi hati ini tidak sebenar-benar yakin padaMU ya ALLAH.Aku sangat lemah jahil ya ALLAH. Kini Engkau tunjukkan aku jalannya. Bukakanlah pintu hatiku seluas-luasnya. Kumohon kepadaMu,kekalkan rasa kehambaan ini." Aku terus mencari firdaus hati agar imanku sentiasa terpelihara.

Apa jua bala bencana singgah menerpa
menguji jauh mananya sabar kita
mungkin selama ini kita terlupa

kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
maka diberi sedikit ujian menguji tahap keimanan di jiwa

bila kesusahan..
terasa hidup terlalu payah
pelbagai persoalan menerjah
baru minta petunjuk hidayah
usah berputus asa
kerana ada rahmat di sebaliknya
yang tidak kita ketahui
dlm hidup ini teruslah berdoa pada Allah
pengasih pemurah dan penyayang

Wednesday, January 20, 2010

Demi Matahari

Demi Matahari
Dan Sinarnya di Pagi Hari
Demi Bulan Apabila Ia Mengiringi

Demi Siang Hari
Bila Menampakkan Dirinya
Demi malam Apabila Ia Menutupi

Demi langit berserta seluruh binaanya
Demi Bumi serta yang ada di hamparanya
Demi Jiwa dan Seluruh Penyempurnaanya

Demi matahari
Dan Sinarnya di Pagi Hari
Demi Bulan Apabila ia mengiringi

Demi Siang Hari
Bila Menampakkan dirinya
Demi Malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaanya
Demi Bumi serta yang ada di hamparanya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya

Tuesday, January 19, 2010

pendidikan dalam masyarakat